Sunday, January 18, 2015

Terlampau Taksub VS Salah Dia Ke????

Dah lama tak update blog...Bukan apa, takde cerita nak dikongsikan. Kalau asyik cerita pasal masalah diri sendiri,lama-lama orang menyampah... Ok back to main topic... Sebab apa aku tulis tajuk kat atas tu macam tu....Ollrite... Baru-baru ni seperti semua yang telah sedia maklum (Amboi macam tulis karangan nak jawab SPM lak), Malaysia telah digemparkan dengan aksi-aksi gadis-gadis bertudung yang asyik memeluk dan dipeluk oleh mamat korea.....

Salmah : Uit Bedah, hang cerita apa ni???Aku tak paham???

Bedah aka aku lah: Lah hang tak taw ka... Tak taw p google lah...

Hah, sape yang tak tahu tu, g cepat-cepat google...

Aku buka topik ni bukan nak cerita pasal benda tu, aku just nak kongsikan pendapat aku ni..Yelah, too many negative comment yang aku baca..Ada yang salahkan budak perempuan tu, n ada yang salahkan mamat korea tu... N sebagai manusia yang penuh dengan kesilapan (akulah bukan orang lain), aku juga turut mengutuk budak-budak perempuan tu pada mula-mula tengok video tu... Tapi, lepas aku fikir-fikir balik,sebenarnya nak kata salah pun tak boleh, nak kata tak salah pun tak boleh....

Jadi disini aku nak cakap pasal pandangan aku lah...

Iye,memang betul kalau diikutkan dari video n komen-komen orang yang datang tengok konsert tu, dia orang cakap budak perempuan tu yang tergedik2... Dalam video yang aku tengok tu pun nampak budak perempuan tu memang tergedik.. Tapi, cuba kalau kita yang duduk di tempat budak perempuan tu...( Bayangkan sekarang..Jangan bayangkan yang bukan-bukan ye...) Kita first time jumpa artis kegemaran kita...Kita memang fan (kipas susah mati) habis dengan dia..Hensem lak tu..Peluang yang mungkin the first n the last..Lain kali mungkin dah takde n tetiba kita dapat peluang naik ke atas pentas n dapatlah tiru parody-parody cerita romantic korea..(dipeluk dari belakang, dicium dahi n sebagainya).. Mungkin kita pun akan jadi macam tu..Terlompat-lompat....terkinja-kinja...Excited meh... So, boleh ke kita nak salah kan diri dia tu... Umur pun memainkan peranan juga...Mungkin budak-budak perempuan tu baru kenal apa erti hidup... Kalau aku di tempat dorang pun maybe itulah yang aku buat..Yelah masih budak2 lagi... Kalau la ni takdelah..Umur dah meningkat..Kubur dah dekat...Jadik, sebagai orang yang lebih dewasa,kita haruslah nasihat kan dorang..Tahu masa sekolah dulu,ada ambil pengajian pendidikan islam..Ustaz or Ustazah ada ajar..Apa hukum peluk orang bukan muhrim... Tapi, korang masa belajar dulu tumpu perhatian tak..Sebenarnya, bukan salah sesape.. Cuma salah perasaan masa tu, Aku tahu dalam hati dorang cakap macam ni.."Eh, boleh ke peluk? Ustazah kata haram...Tapi ni peluang"..N syaitan pun masukkanlah jarumnya" Huhuhu...ala peluk je,,,Kamonlah konsert kot ni"..N kerana kurangnya iman dalam hati maka adenga tersebut pun berlakulah.....

Seterusnya, ada pandangan yang mengatakan mamat korea tu salah... Salah??? Bagi aku dorang tak salah...Sebabnya dorang tu orang Islam ke??? N lagi satu dorang tu Orang Malaysia ke?? Kalau Chinese or Indian di Malaysia, lainlah,Sebabnya dorang dah dari kecik dah sekolah n bergaul dengan orang Islam Malaysia..N sikit-sikit dorang tahu larangan-larangan dalam Islam.. Ni tak,yang korang-korang (bukan orang yang baca blog aku ni ye) salahkan tu orang Korea..Luar dari Malaysia..Kurang pendedahan dengan Islam...Di negara dia peluk-peluk,pegang-pegang,cium-cium dahi tu tak salah..Boleh buat...Lagipun menurut saksi-saksi...(Ceh macam polis pulak) MC n artis tu ada tanya dekat budak perempuan tu( aku tak sure cerita ni betul atau tak...Kalau saksi-saksi tu tipu,makanya aku tipu korang) boleh peluk atau tak... So,korang pikirlah mamat korea tu betul ke salah........

Lagi...mak kepada budak tu..Menurut dari sumber facebook..(aku hanya baca title..Malas nak baca isi kandungan).... Mak budak perempuan tu menangis-menangis anaknya dicabul...WHAT!!!!DICABUL..WTH.... di khalayak ramai... Yang ini aku memang salahkan mak nya...Asal makcik nak nangis lak??? Makcik nak mamat korea tu mengaku salah ke??? Cuba makcik pikir sape yang bagi kebenaran budak tu keluar...Sape yang bagi kebenaran anak makcik tu keluar pegi tengok konsert kumpulan B1a4 tu??? Makcik kan....Ok,anak makcik tu keluar tanpa kebenaran...curi-curi keluar ataupun dia tipu makcik...Makcik tak tahu anak makcik kuar pegi konsert sebab anak makcik duduk jauh dari makcik... Setahu sayalah, sejauh mana pun anak itu pegi,kalau dia berpegang teguh ataupun ajaran makcik terhadap anak makcik itu bagus mesti dia tetap x kan pegi konsert tanpa kebenaran...Ini mesti masa dia duduk dengan makcik,dia bebas keluar ke sana sini..Contohnya tak payah jauh..Even saya sendiri pun pernah duduk jauh dari keluarga tapi saya tetap akan telefon ibu dan abah saya untuk bagitahu kemana saya pergi...Iye,saya tahu saya tulis macam ni sebab saya masih tak kawin n takde anak2..Sok kalau saya dah ada anak, baru saya tahu macam mana nak bela anak perempuan susah atau pun senang..Tapi saya ni sendiri anak perempuan n saya tahu bagaimana nak jaga aib muka mak abah saya..Sebabnya pendidikan dorang..... Sepatutnya makcik jangan buat macam tu. Jangan menangis....Patutnya makcik support anak makcik..Busuk-busuk atau buruk-buruk pun tu tetap anak makcik..Bila makcik menangis, nampak sangat anak makcik tu teruk sangat... Kalau nak nangis, jangan nangis dalam surat khabar...Bila orang yang kurang emosional macam saya baca, dorang akan cakap makcik saje nak cari dot...dot..dot..(pikir sendirilah ayat tu)...

Yang aku heran bin ajaibnya ni, isu budak perempuan unknown yang dipeluk,dicium didahi n sebagainya korang jadikan isu paling sensasi di abad ini...Habis, yang babak dalam drama-drama melayu tu korang tak nak lak jadikan isu...Babak suami isteri...Setahu akulah,memang lah dorang tu suami isteri tapi di dalam drama....Diluar tak kot...Ada je kot babak peluk-peluk, cium-cium dahi, pegang-pegang tangan,tidur satu katil... Tak nak lak korang jadikan isu...Tahu tak salah satu punca mengapa budak-budak perempuan tu boleh tertarik buat adengan macam tu dekat atas pentas adalah berpunca juga dari babak-babak dalam drama tu...Okay, aku tahu ada yang akan kata, artis tu berlakon je kot..Tu dah keje dorang...mmmm setahu aku masa aku belajar agama Islam dulu,ustazah takda cakap,kalau kita pelakon or kita berlakon sentuh-sentuh,peluk-peluk dibenarkan..Sebabnya itu kerja kita...  Takda ek...So, isu-isu macam tu takdelah "korang" besar-besarkan sampai nak denda...("korang" tu korang pikir sendirilah siapa....Tak nak sebut nama..Nnt kena saman)...Sehingga cakap aksi peminat2 yang melampau ni boleh meruntuhkan moral...Habis aksi artis-artis di pentas terbuka atau di drama-drama tu tak meruntuhkan moral... Baju-baju yang artis-artis ni pakai pun takdelah senonoh sgt..Ada yang pakai tu siap boleh nampak vcg kot....Adakah disebabkan diaorang tu artis "korang" takut nak saman...Siap budak-budak kena kaunseling kot..Habis artis-artis tu tak nak kaunseling...


So, aku rasa aku dah keluarkan segala pandangan aku..Terserahlah kat korang nak mentafsirkan nya... Ini pandangan aku suka hati akulah...Blog aku kot.... Kepada makcik tu,maaf sekiranya komen saya agak kasar..Tapi apa saya rasa itulah.... Kita sepatutnya bagi sokongan moral kat budak tu...Janganlah menghentam dia...Bayangkan perasaan dia... Janganlah kita menjadi minyak yang menyemarakkan lagi api...Kita sepatutnya mengambil iktibar bukannya menghentam dia....Kepada budak-budak perempuan tu jangahlah terlampau fanatik sangat..Aku tak cakap apa yan korang buat tu tak salah..Benda tu tetap salah...Janganlah murahkan sangat diri tu...Setiap kipas susah mati dalam diri korang terhadap kumpulan pleaselah control sikit..Supaya agama islam ni tak dipandang serong..Aku pun minat korea tapi takdelah sampai sanggup berhabis duit nak g konsert dia semata-mata nak naik atas pentas n dipeluk..Baik aku simpan duit,g melancong kat korea..Kot-kot dapat jumpa mamat korea yang nak diangkat jadi laki....Lagi bagus...

So, see u next time...

P/S: Cerita diatas sebagai titipan sahaja..Tak yah nak emosional sangat....Yang tak suka KPOP x payah nak bajet cool sgt..Suka hati lah...Hak individu kot...

Friday, March 14, 2014

Kawan.....

Kawan...Apa maksudnya kawan????Korang tahu tak maksudnya apa..Tahu tak???Tahu tak????

Unknown Person: (Tetiba ada unknown person menyampuk) Wey Bedah, hang ni asal buat entry mesti nak tanya soalan. Apa hang tak boleh bagi jawapan ka???Hang dulu teringin nak jadik cikgu ka????

Bedah aka aku: Errrr, hang jangan sibuk kat entry aku boleh dak..P main jauh-jauhlah...

Sorry geng, bukan niat aku setiap kali buat entry mesti nak tanya soalan tapi takde idea nak tulis entry awal-awal macam mana. So back to the main topic!!!


Kawan...Setiap orang yang ada dekat muka bumi ni mesti ada kawan. In fact, aku sendiri pun ada kawan n kawan kepada seseorang. Silap-silap aku juga kawan dengan salah seorang yang membaca blog aku yang tak seberapa ni..... Tapi,............(Jeng....Jeng...Jeng....)

Persoalannya....Adakah kawan yang anda semua kawan tu adalah benar-benar seorang kawan??????






Hahahaha....Aku suka buat korang terkejut.. Ok,aku minta maaf aku bukan saje buat cerita-cerita panaz n sensasi macam Hanez Suraya tu..Opsss, sudey kuar tajuk nampak... Tapi, betul ke kalau kita ramai kawan semua yang kita kawan tu sebenarnya kawan kita????

Jadi,kat sini aku nak terangkan maksud aku buat entry ni sebenarnya juz nak share apa yang aku rasa pasal institusi perkawanan ni. Kawan bak kata pepatah Bahasa Melayu Darjah Dua adalah `Kawan semasa kita senang banyak tapi kawan semasa kita susah ada tak"????  


Hah...Mesti ramai yang tengah berfikir-fikir kan...Aku tak nak cakap sesiapa lah tapi aku bercakap pasal diri sendiri...Masa aku senang,ramai kawan..Ini adalah fakta bukan auta... Masa dorang tak kahwin lagi,tak kapel mapel lagi,tak berboyfrenz lagi semuanya dengan aku..Sikit-sikit aku...Sikit-sikit aku..
`Wey Bedah hari ni aku nak mai rumah hang nooo..' ada lagi tu... "Bedah, aku nak p shopping kat Nilai 3,aku mai rumah hang no,tidoq semalam n pastu hang teman lah aku p shopping" n ada lagi tu`Aku ingat hujung tahun ni nak p bercutilah kat Karambunai..Aku ingat nak ajak hang. Jomlah kita p..'N aku pun tersenyum-senyum suka sebab nak pegi Karambunai... Tapi...Bila masing-masing dah bertemu jodoh,dah berkahwin,dh berkeluarga,dah berkapel mapel dan sewaktu dengannya semuanya melupakan aku yang tak berkahwin lagi ni, tak berkapel mapel dan lain-lain lagi. Semua yang tadinya nak tidur rumah aku, pegi shopping kat Nilai 3 n ajak pegi Karambunai semuanya melupakan aku yang lonely ni. 




Nampak tak dengan seksinya tu duk sorang-sorang... Tak de sape nak teman kat rumah,nak pegi Nilai 3 (bershopping sakan) n ajak pegi Karambunai. N ada someone bila aku mengadu dengan dia, n balasan yang aku terima adalah...

`Apa lagi ekau poie lah cari lelaki.Buek suami.Hah, dah tak lonely nyoooo" Wah..Cara dia tu bercakap seolah-olah mencari suami adalah seperti mencari ikan di pasar....


Jadi,sebenarnya aku malas nak tulih panjang-panjang sebab nanti akan ramai yang terasa. Buat anda-anda semua yang bergelar kawan atau sahabat, janganlah hanya mengsms kawan-kawan anda apabila ingin menjual barangan sahaja. Time tulah nak berwassaplah,berwechat lah... Dahlah selama ni tak penah pun nak bertanya khabar alih-alih time nak suruh kita bila barang tahu pulak tu nak berwassap,berwechat dengan kita. Dan jangan pula ketika diri awak dilanda masalah baru nak cari kita. Masa awak heppy go lucky tak reti plak nak cari kita. Bila kita ada masalah,ada awak bagi jalan penyelesaian.

Memang dalam persahabatan atau dalam institusi perkawanan tidak perlu sebarang pembalasan tapi kita kenalah sentiasa beringat-ingat. Masa kita susah dulu siapa yang tolong.. Takkan sampai masa member yang tolong kita tu susah kita tak nak tolong. Itu bukan perkawanan namanya. Berkawan kenalah ada give and take juga. Janganlah asyik kita je take, kena juga give sometime.....

Ingatan ni aku tulis bukan setakat nak mengingatkan orang lain,tapi juga nak mengingatkan diri aku supaya tak jadi seperti orang-orang diatas. Ye memang bila dah kahwin suami or isteri adalah sahabat kita, tapi janganlah sampai lupakan kawan-kawan yang ada disekeliling awak. Sebab, manalah kita nak tahu jodoh kita dengan suami or isteri yang sekarang panjang ke tidak, nanti takdelah masa dah kena cerai nanti sibuk nak cari kawan-kawan yang selama ni dilupakan. Masa tu hah,baru kau tahu apa itu erti penyesalan...Tebal tak tebal kulit muka nak minta tolong....

So....Hepy Friendship to all of uuuuu...Dan ingatlah sahabat-sahabat anda.......




Sorry buat yang terasa dengan entry kali ni...

Friday, July 26, 2013

Wah.....Sangatlah Lama

Wah.... Dah lama sangat aku x jenguk blog aku ni... Dah berhabuk-habuk... Penat aku nak lap tadi. Actually takde ape nak update pasal diri aku selain dari bizi dengan keje yang banyak (i like it...Sebab tak payah nak melepak dalam opis sesangat)... And bizi gan family.. Biasalah ni lah masanye nk meluangkan waktu bersama  keluarga...

Sekarang ni aku tengah sibuk menciplak lagu-lagu yang ada dalam Incik Youtube. Hah, lagu-lagu apa tu, of cause lah lagu-lagu raya... Yelah, tak lama lagi nak raya kan.. Yeyeye...Nak raya.. (Mmmmm....Bajet kau boleh raya lah yunie...Mimpi di siang harilah nampaknya)...

Mmmmmm... Tulah jelah ayat-ayat aku nak mengupdate tentang diri aku.. So....See you next tyme in dun know when....


Akhir kata assalamualaikum n selamat berpuasa.

Wednesday, May 1, 2013

Sebenarnya aku terasa hati

Iye...Benar...Betul...Entry kali ni pasal aku tengah terasa hati dengan kawan-kawan ku. Bukan gan kawan-kawan seopis ye. Mereka suma ok. Tapi... Ah aku mls nk citer sapelah. Tapi baru aku sedar tyme aku susah aku takde sape nak cerita problem aku. Aku ni hanya tempat dorang cari aku masa dorang ada masalah atau dorang boring takde sape nak sms dorang. Masa aku boring or ade masalah dorang skit pun x layan. So dari situ aku dah dpt satu pengajaran berharga. Biarlah aku simpan pengajaran tu buat diri sendiri.

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru

Hi uolls...(Wah poyo betul aku ni...Mentang2 taun baru tetiba bantai jadi org putih).... Assalamualaikum kawan-kawan...


K, sempana tahun baru ni aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013....Bum..Bum..Kaboom.... (Amik..Aku bakar mercun dalam ini entry..Tulun jangan kasi taw sama itu abang pulis arrr)

Emangnya Aku mengharapkan kalian-kalian semua akan lebih berasa bahagia ini tahun.. Lupakan yang lepas2 ye...(Ceit, saya pandai juga cakap tapi tak taw mau bikin)

Untuk allzzzz my member out there, we still forever ever be a good frenz..But a warning for allzzzzz my enemy out there..Watch out, I never ever going to forgive u...

Dan tak lupe juga buat enemy aku yang baru.. Budak yang tak kenang dek untung.. Dahlah aku bagi resume aku secara free of charge kat ko, ko leh lak nak buruk-burukkan aku kan.. INGAT. AKU AKAN INGAT SAMPAI AKU MATI... (Nampak tak aku highlight warna merah, tue tandanya aku marah!!!) 

Nasihat aku, kalau nak berjaya dalam pekerjaan n disayangi bos, bukan cara macam tu taw dik.. Sebab nanti diri sendiri akan balik kena... Lagipun akak dah jauh dik.. Akak dah keje SAINS dik.. Tulunlah jangan kacau akak lg dik.. Baik ko tarik diri sebelum aku tarik rambut ko.. Jangan buat akak jadi giler ye dik...

Eh..Eh.. Ni entry taun baru ke???Atau entry nak bagi amaran.. Ok back to our main title..

Aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 dan semoga tahun ini lagi cemerlang dari tahun hadapan..

Jadi aku sertakan sekali kalendar tahun ni ye...


Nampak tak..Kalau tak nampak g beli kalendar sendiri.. K adios amigos...

Tuesday, November 6, 2012

Gloomy Sunday

Setelah sekian lama menyepikan diri tiba-tiba aku muncul dengan satu entry bertajuk gloomy sunday. OK! First of all, ini entry tidak ada kena-mengena dengan diri aku ye... Aku saje nak share info. Ntah tetiba aku nak search lagu gloomy sunday ni dekat youtube...

 Apa yang istimewanya sangat dengan lagu ni.. Meh sini aku citer serba sikit tentang lagu ni... Tapi sikit jelah, kalau nak lebih try google sdiri...

Lagu dicipta oleh seorang komposer yang berasal dari Hungary....

`Urban Legend' berkaitan lagu ni banyak.. Ada macam-macam citer, tapi aku amik satu jela ek der.. Malas nak taip panjang2.... 

Menurut sumber yang boleh dipercayai....Selepas je lagu ni di dengarkan kpd umum, ramai manusia-manusia yang tidak ade imannya membunuh diri lepas mendengar lagu `Gloomy Sunday' ni...

Wah, gilerlah lagu ni... Siapa yang dengar, rase nak bunuh diri. Even, dia punye komposer lagu ni pun mengambil keputusan membunuh diri... Tapi tu pun selepas 35 tahun lamanya dia menulis lagu tersebut...

Jadi, aku pun lepas je baca pasal lagu tu membuat keputusan untuk mendengar lagu....






Lepas je aku dengar tu, aku rasa..............Susah nak digambarkan....







Masalahnya aku tak rasa apa2 pn... Aku rasa lagu tu sedap.. Ciptaan dia nice...

Aku pun tak paham bagaimana,kenapa lagu yang sedap ni boleh menjadi sebegini sejarahnya..

Pada pendapat aku, mungkin masa tu, zaman kegelapan ke...Harga barang tinggi ke..Orang hidup dalam kesusahan ke...A lot..lot..lot of war ke masa tu... Jadi, secara x langsung benda2 tu semua boleh menyebabkan kesedihan yang melampau sangat bila dorang dengar lagu ni..

Aku tak nafikan melodi lagu ni sedih.... Tapi yang pasti semua benda tu, berlaku disebabkan tiadanya iman dalam hati... Yelah, depa tu kan orang yang tidak beriman kepada Allah...

Oklah, kalau korang nak taw lagi pasal urban legend `Gloomy Sunday' ni korang search ar sdiri... Ni pun aku baca dari Wikipedia...



Aku ade sertakan lagu `Gloomy Sunday' ni skali.. Tapi korang jangan suicide plak bila dengar lagu ni... DOSA BESAR TAW...

Sunday, August 12, 2012

ADA BENDA NAK SHARE

Assalamualaikum...

Pergh, rasenya macam dah lama sangat tak update blog.. Em, bukannye ape rase macam takde benda nak share. Yelah, takkan nak tulis Hari ni aku melawat loji gemas..Hah tak pun tulis hari ni bersamaan hari Isnin, kitaorg warga SAINS ada assembly....n...bla..bla...

Kang, tak pasal-pasal aku terus delete account blog aku ni sebab bosan dengan tulisan tangan sendiri. 

Hah, before I forget n forgot let me tell oulls one gud news...

Meh, aku letak gambar lu....




Ni apahal plak melompat-lompat si miow ni.

Ok, the news is akhirnya aku berjaya menyambung pelajaran secara part tyme. Hooray, aku dapat sambung degree... Hah, mesti tertanya-tanyakan bidang ape????? Of courselah bidang aku..Kimia Industri...

Walaupun aku happy dapat sambung blaja, tapi aku risau gak. Yelah,macam mana nak uruskan masa dengan betul. Yelah, dengan keje lagi, dengan nak blaja lagi. Nasib baik tak kawin lagi. Kalau x lagi serabut..Fuhhh..

Tapi apa-apa pun, I will try harder. Aku mesti kena study hard n smart utk memastikan result degree aku gempak. Aku dah x nak ulang balik pangai lama aku masa diploma. Aku dah tak nak mengecewakan ibu n abah yang dah banyak bersusah untuk aku..
Chaiyokk Ayuni..

N before aku tamat kan celoteh aku ni aku nak ucapkan thankz utk ibu n abah n angah n awi n has n tak luper gak to miss yeoh (my ex boss) sebab bagi banyak semangat tuk aku isi borang sambung blaja.

Pergh, dah macam ucapan hari konvo. Hopefully degree ni aku dapat pointer more than 3.50 yakni yang paling rendah pun 3.80.. Hopefully lah but i will try harder to get it..

Chaiyokkkkk...